PENGENALAN AKAUN GAP PUBLIC GOLD

GAP ialah singkatan bagi “GOLD ACCUMULATION PROGRAM” atau pun PROGRAM PENGUMPULAN EMAS.

Dalam bahasa yang mudah di fahami, GAP adalah satu program pengumpulan emas yang dikelolakan oleh Syarikat Emas PUBLIC GOLD.

Emas dibeli dalam bentuk GRAM sedikit demi sedikit (minima RM100) sehingga mendapat satu jumlah gram yang dikehendaki contohnya 500 gram.

PUBLIC GOLD ialah sebuah syarikat yang menjalankan perniagaan jual beli emas fizikal. 

PUBLIC GOLD telah beroperasi 10 tahun lalu semenjak tahun 2008 (PG10).

TIDAK. Public Gold bukanlah syarikat yang berasaskan sistem MLM, Binary ataupun PONZI. Ianya hanya transaksi jual beli emas fizikal sahaja. Anda beli emas dapat emas.

TIDAK. Public Gold hanyalah syarikat trading yang menjalankan transaksi jual beli emas fizikal. Beli emas dapat emas. Bukannya kertas atau sijil emas.

APAKAH CIRI-CIRI AKAUN PUBLIC GOLD?

Pengumpulan emas fizikal dengan sandaran emas fizikal berketulinan 24k ataupun 999.9

Buka akaun GAP dan/atau tambah nilai (topup) gram serendah RM100 dan dengan gandaan RM50.

maksimumkan nilai wang anda dengan pertukaran ke gram emas sehingga 4 titik perpuluhan (contoh : 0.0001 gram)

Kesemua nilai gram dalam akaun GAP disandarka 100% kepada emas fizikal berketulinan 999.9 dan simpanan di letakkan secara “pool basis”

Jumlah gram dalam akaun GAP boleh dikeluarkan emasnya secara fizikal minima 1 gram

Akaun bersama antara ibubapa dan anak-anak juga turut disediakan.

Tiada sebarang kenaan kos untuk simpanan akaun GAP dan ianya adalah PERCUMA.

Baki sekurang-kurangnya 1 gram hendaklah dikekalkan di dalam akaun GAP. 

Sekiranya tiada baki ditinggalkan, akaun dianggap tidak aktif.

Bagi akaun yang tiada baki, yuran pengaktifan sebanyak RM50 akan dikenakan semasa hendak menambah/ topup semula akaun GAP.

Hanya perlu kekalkan 1 gram di dalam akaun GAP supaya ianya kekal aktif.

Akaun GAP akan sentiasa di audit oleh auditor bebas terutamanya dari aspek pematuhan shariah.

Akaun emas GAP boleh ditransaksikan secara online untuk tempoh 24 jam dan berterusan sepanjang tahun selama 365 hari

Arahan pindahan bank secara tetap dan bulanan boleh dilakukan untuk memudahkan anda kekal konsisten menyimpan emas setiap bulan. Minima RM100.

BAGAIMANA DAFTAR DAN BUKA AKAUN GAP PUBLIC GOLD

Whatsapp terus butiran pendaftaran ke Public Gold atau boleh juga Whatsapp saya untuk bantuan.

Email terus butiran pendaftaran ke Public Gold dan cc kepada saya supaya mudah untuk proses follow up.

Datang terus ke mana-mana 18 cawangan Public Gold

BAGAIMANA KAEDAH PEMBAYARAN AKAUN GAP PUBLIC GOLD

Bayaran terus dari laman web GAP Public Gold untuk topup akaun GAP dengan caj sebanyak RM1 dikenakan bagi setiap transaksi.

Pindahan bayaran dari mana-mana akaun bank anda ke akaun Public Gold yang disediakan.

Boleh lakukan bayaran melalui pindahan mesin ATM dan simpan resit untuk bukti dan rujukan. Anda dinasihatkan  tidak meneruskan transaksi sekiranya mesin memberikan notis kehabisan resit.

Datang terus ke mana-mana 18 cawangan Public Gold dan buat bayaran secara tunai.

Bayaran hendaklah dibuat terus ke akaun PUBLIC GOLD dan tidak kepada dealer-dealer Public Gold.

BAGAIMANA MENGELUARKAN EMAS FIZIKAL DARI AKAUN GAP PUBLIC GOLD

Hubungi mana-mana cawangan Public Gold yang terdekat untuk reserve item apa yang hendak dikeluarkan. Boleh juga hubungi dealer unutk bantuan.

Caj penegluaran akan dikenakan untuk setiap item emas  yang hendak dikeluarkan dari akaun GAP. Bayar semasa di kaunter.

Ambil item emas pada masa yang telah ditetapkan dan dipersetujui antara pelanggan dan cawangan Public Gold. Tidak boleh diwakilkan kepada pihak ketiga. Perlu ambil sendiri.

Sekiranya tiada masa untuk ke cawangan, boleh memohon untuk proses penghantaran item emas melalui khidmat pengeposan. Proses pendaftaran pos di laman web GAP Public Gold.

PENGURUSAN PORTAL AKAUN GAP PUBLIC GOLD

kemaskini profil semasa seperti alamat dan pengesahan kad pengenalan.

Kemaskini maklumat bank diri sendiri yang sah untuk transaksi “BUY BACK” dimasa hadapan.

Kemaskini maklumat pewaris yang sah untuk sebarang kemungkinan di masa hadapan.

Sekiranya anda ada apa-apa kemusykilan dan soalan yang ingin ditanyakan berkenaan simpanan emas melalui kaedah AKAUN GAP PUBLIC GOLD, sila ajukan terus kepada saya melalui kaedah berikut :  
 
 
Email : pg.razani@gmail.com
 
Whatsapp : http://www.mohdrazani.wasap.my (011-2120 7561)